Wednesday, November 21, 2007
there's no light at the end of tunnel

today is the death of this blogdrive. however i wont delete this, millions of memories i left here, its a memoir. a gift to my futures for them to know me as a young person.

my new home would be http://farizhilmi.blogspot.com

friends, see you there!





Sunday, November 18, 2007
gewdbye blogdrive

im sick of you. i had enough. ive been blogging here since 2004 i never had these problems. my storage still have 60%. my bandwith never exceed 40% monthly. i only update my entries weekly. im just a mediocre blogger and why you give me problems? my entries didnt make it a few times. my comments didnt come out lately. my chatbox too didnt functioning well. im gonna switch soon. to friends, i will let you know where i go.

macam ramai je kawan, padahal 3 orang je yg baca blog aku nih!!





Wednesday, November 07, 2007
kempen menambah traffik blog 2

setiap hari ada saja keinginan nak menulis kerna terlalu banyak isu dan agenda yg bermain di fikiran ini. tapi tiada masa yg boleh diluangkan untuk menaip. namun kini terbalik pula keadaannya. tiada apa di fikiran ingin menulis tetapi ada pula masa yg empuk untuk menulis dengan tatabahasa yang baik. not!

teringat semalam, "mengangkasakan bangsa" oleh perdana menteri. outerspacing our generation? hmmm... "mengangkasakan impian" ok sket, bermaksud meninggikan lagi khayalan yang merepek menjadi lebih tak logik. hahahaha...mungkin tahun depan orang malaysia bole terbang tanpa air asia. lompat aje dah terbang. huhuhu.. ni la mengangkasakan impian. kottttt....

nanti kalau ada orang malaysia gi ke bulan, "membulankan bangsa!" baru la bunyi macam pas, tapi saya rasa perdana menteri tak bagi kot orang kita gi bulan unless orang pas sponsor. atau gi ke dasar laut yg paling dalam; meng-ape-la pulak nak taruk untuk jadi agenda mesyuarat umno tu.

baik la buat 'meng-umno-kan negara'. baru la negara maju aman makmur. masyarakat bahagia.





Wednesday, October 31, 2007
kempen menambah traffik blog

harga minyak naik? relativiti yg berkaitan dengan minyak petrol ni sangat memberi kesan kepada pasaran di dunia. fahamlah, kalau harga minyak naik, semua bende pun akan naik. harga telur ayam yg makan dedak pun naik. harga tepung yg takde kene mengena ngan minyak pun naik jugak, ikut2 kawan dia la tu... harga bende lain naik tu logik. ye la nak bawa botol kokakola naik lori, pakai minyak. harga tol pun naik, sebab setiap kabin tol pakai aircon yg guna letrik, letrik dijana dengan minyak jugak. oh, bukan saja tol, tarif letrik pun naik.

canne rasanya bile nak beli botol kok besar harganya rm4? tu harga borong, belum harga runcit. harga rokok pun naik lagi, rm1 sebatang. harga lighter naik rm1.5 sebiji. akibatnya, kawan saya yg bukak kedai runcit bole tutup kedai. kedai runcit sekarang ambil untung pun 10% je nak hidup. kalau sales kurang dari 7% untung, tutup kedai. kita pengguna nak cari yg murah kan? jadi, peniaga runcit yg dah berniaga 4 keturunan nak hidup canne? saya sebagai manusia biasa pun takleh tolong. keluarga saya ramai yg begitu. masa awal 90-an, mereka bole pakai kereta bmw, mercedes. sekarang pakai kelisa, gen2 jer. jual rumah kat subang, keramat, pindah kelantan. turun taraf. sebab perniagaan mereka kerugian.

apa yg akan jadi lepas ni? saya pasti bukan keluarga saya saja jadi begini. ramai lagi yg kena. ada yg makin maju juga. tu rezeki mereka.

soalannya, bila semua bende harga naik, gaji pekerja pun kena naik la sebab nak menampung harga saradiri. adakah ini membuktikan ekonomi negara makin baik atau makin buruk? adakah ini inflasi? bagi mereka yg bekerja sendiri yg tak makan gaji, canne nak dapat duit yg cukup untuk sara diri?

cuba fikirkan kalau minyak di dunia ni habis, hanya cukup untuk buat minyak cap kapak. kita bukan sakit perut pening kepala hari2. bagi negara kita, apakah sumber elektrik kita? kita takde empangan air janakuasa elektrik. bukannye nak buat, kata mahalla, nanti hutan musnah la. tapi nanti malam kegelapan nak pakai ape? minyak tanah pun habis? susun setem kat dinding rumah? (setem malaysia ni glow in the dark ye) nak pakai bateri? mahal. energizer 4 biji rm14. pakai eveready lampu suluh 6jam dah habis. nasib ada bateri tesco, rm2 dapat la 4biji. tahan la sket. tapi tak cukup jugak!

canne nak selesaikan masalah ni? tanam makanan sendiri? kena keluarkan duit jugak... hasilnya pun bukan bole makan hari2. aku memang susah hati sekarang ni, canner la aku nak hidup 10-20 tahun lagi... kalau gini la harga barang naik 5% setiap 2 tahun, teruk laa...

setiap bulan, no plat pendaftaran kenderaan bertambah. di malaysia negeri yg pesat dengan pertambahan bilangan kenderaan mengikut turutan: kuala lumpur, johor, selangor, penang, pahang. contoh: kereta BJF 9999. huruf pertama adalah negeri. huruf kedua dan ketiga macam gandaan bilangan. setiap huruf ketiga ada 9999 nombor didaftarkan. bagi 4 negeri pertama, 1huruf didaftarkan sebulan. bermakna setiap bulan sekurang2nye 40,000 kenderaan didaftarkan di malaysia. setahun kira2 setengah juta kenderaan didaftarkan dan menggunakan jalan raya malaysia. bagi saya tu bilangan yg sangat banyak. ni baru malaysia belum negara lain...

cukup la untuk hari ini. mari tambahkan lagi traffik blog ni





Wednesday, October 24, 2007
ITS NOON AND I DONT LIKE TO WORK TODAY

I AM NOT SARCASTIC ANYMORE LIKE BEFORE. I JUST TALK RUBBISH AND CONDEMN OTHERS. YES THATS WHAT I DO. MOST PEOPLE DONT LIKE THE WAY I TALK, OTHERS ANNOYED. TEACHERS SAID MY LANGUAGE IS POOR, FRIENDS THINK IM WIERD. ADA JUGAK CAKAP I'M PLAIN SKEMA, BECAUSE I CHOSE DIFFERENT WORD INSTEAD OF NORMALS. IT ALSO BECAUSE I THINK DIFFERENTLY, I USE BRAIN IN MY ARSE AND USE MY OTHER HEAD.

I DONT LIKE MYSELF JUST LIKE YOU DONT LIKE ME, I'D LIKE TO BE ALONE BUT I CANT LIVE WITHOUT COMPANION.

LETS SAVE THE WORLD FROM REALITY TV'S.





Friday, October 19, 2007
khutbah jumaat hari ni

ALLAH SWT telah menurunkan wahyu kepada ramai nabi2 dan rasul2nya sejak beribu tahun dulu. tetapi kenapa nabi muhammad saw adalah nabi dan rasul terakhir? kerana zaman dahulu, tamadun manusia masih mundur dan jahil, tidak tahu kewujudan allah. sesetengah rasul diberi mukjizat, sebagai tanda kewujudan allah, tetapi hanya segelintir sahaja yang mengikut. usaha demi usaha menyiarkan islam dari adam hinggalah ke generasi sekarang, masih ramai yang tidak mampu memahami kebenarannya. ada juga sesetengah kaum yang terlalu tinggi ketamadunannya seperti kaum 'aad dan thamuud. namun kejahilan dari segi pemikiran mereka yang meruntuhkan mereka. itulah kepentingan nabi dan rasul untuk membimbing kita. mereka yang ingkar akan dihukum oleh allah serta merta kerana meraka jahil, akal fikiran mereka tidak secerdas manusia zaman sekarang.

sekiranya kita kaji (read between the lines), kita dapati kejahilan manusia berpunca dari sikap 'endah tak endah' atau 'acuh tak acuh'. kita yang berada di zaman ini mungkin berada di puncak ketamadunan manusia kerana kecanggihan teknologi, tetapi adakah rohani (spiritual) kita berada di puncak ketamadunan? sekarang tiada nabi dan rasul untuk membimbing kita, kerana alquran telah ditinggalkan oleh nabi muhammad saw telah dipelihara oleh para sahat nabi kita. segalanya untuk kita menggunakan kebijaksanaan kita sendiri untuk menilainya.

kini kita harus bersyukur kerana alquran masih lagi diperlihara dan masih ramai yang menjadi hafiz, meraka adalah pelindung alquran, maka kita juga sebagai umat muhammad yang biasa harus melindungi mereka. alquran yang lengkap dengan pelbagai maklumat sentiasa disalah tafsir oleh pengkaji kitab, walaupun hanya perkara kecil seperti kepentingan susu ibu. sejak wujudnya susu formula di tahun akhir 60-an, banyak perkara yg kita tidak sedar terjadi. kerenggangan dan keretakan rumah tangga, kemaksiatan, kurang penghayatan agama (tak kira agama apa - sebab tu ramai atheist sekarang) pergaduhan, peperangan banyak berlaku, ini semua berpunca dari kurangnya minum susu ibu, kerana kita lebih mengikut hawa nafsu binatang. ye kita memang banyak minum susu binatang. inilah punca kelemahan akal fikiran kita, walaupun kita semakin maju dalam bidang sains dan teknologi, namun dari segi perhubungan sesama manusia kita ada masalah. kalau tak gaduh ngan jiran, ngan junior kolej kita, kalau tak dengan negara jiran kita... gitulah manusia, kalau tak gaduh, dah masuk kategori bukan manusia lagi.

namun, saya pasti suatu hari nanti tamadun kita akan jatuh, kita sesama manusia berperang, hiburan untuk diri sendiri menjadi keutamaan hidup, bukan lagi demi kepentingan orang lain. dan apabila umat manusia kembali jahil, di situlah kita perlukan pembimbing, seorang ketua, oranga nabi, maka allah turunkan kembali nabi isa dari syurga untuk menyelamatkan kita.





Thursday, October 11, 2007
selamat hari raya, semua.

tahun ni bulan puasa berjalan dengan sungguh laju. ibadah tahun ni rasanya tak sebanyak tahun lepas, kepenatan melebihi tahun lepas, kerja duniawi tak cukup2. ni bukan la apa yg aku impikan untuk bulan yg mulia ni.

bukan tu saja, tiada persiapan raya aidilfitri tahun ni. rumah yg tengah renovate tu masih belum siap. sekadar siap pun jadi lah, tak perlu la hias bagai. penat nak suruh diorang buat keje cepat, buat deerrk jer. tiada sehelai pakaian baru dibeli untuk raya tahun ni, pakai ajee tahun lepas, or 4 tahun lepas, siape perasan! pakai kemeja dan jeans ke masjid ala2 bangla ngan jawa, orang tengok baju baru kot! hahaha... ye betul islam galakkan kita meraikan kedatangan aidilfitri seperti menangnya suatu peperangan, dengan pakaian baru dan cantik dan warnawarni, tapi ni la balasan yg aku terima kerana tidak beribadah lebih dari tahun lepas.

kita patut semakin lama, semakin maju bukan mundur. semoga ada lagi peluang aku untuk tahun depan untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih bersungguh2 dan tawaduk.

kepada seorang hamba allah yg telah pergi sebelum raya tahun lepas, saya tidak berpeluang untuk memohon ampun darimu. saya telah melakukan dosa besar pada anda sekeluarga. hingga kini saya mendoakan agar anda dicucuri rahmat dan kebahagiaan di sana.

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.





Thursday, October 04, 2007
puasa oh puasa

puasa paling penat ialah tahun ni. construction work 2. sales work 3. proposal 1. numbers can be deceiving, but work load is back-breaking la. pay my fees dulu then i work. dont play play with me.




Wednesday, September 26, 2007
sekolah 1 sesi malaysia

sistem sekolah 1 sesi yang diperkenalkan oleh perdana menteri kira2 minggu lepas selepas kejadian kehilangan budak perempuan 8 tahun.

apakah yg berada di dalam minda perdana menteri kita wahai rakyat malaysia? adakah anda setuju dengan perdana menteri? wahai rakyat malaysia marilah kita berdiri, bersatu membantah sekeras2nya cadangan perdana menteri kita. adakah kita sedar kesan-kesannya dari pertukaran tersebut? anak2 kita, adik2 kita yg bersekolah rendah agama yg berharap pada perubahan sesi sekolah kebangsaan yg tak menentu akan terpaksa 'tutup sekolah' kerana tidak ada masa untuk mereka lagi.

ok, tidak semua negeri ada sekolah rendah agama, saya yg tinggal di shah alam, ada sekolah rendah agama. kalau sekolah kebangsaan habis pukul 4 petang, pukul berapa sekolah rendah agama nak mula?

apakah kepentingan sekolah agama?
kepentingan mengajar agama kepada anak2 sejak kecil amat penting. sementara buluh masih muda ia boleh dilenturkan, nanti dah tua, potong buat lemang jer. maksud saya menghantar anak ke sekolah agama amat penting di peringkat muda kerana banyak kena ajar seperti membaca alquran, solat, ajar puasa, sejarah islam dan banyak lagi.
perlukah saya terangkan lagi? sebanagi perdana menteri yang menerajui kejadah islam hadari yg aneh tu, beginikah anda mengetuai negara islam tetapi hanya menggalakkan rakyatnya belajar agama sejam sehari? anda rasa begini sudah cukup? kesannya bukan 5 -10 tahun, kesannya bole dilihat 15-20 tahun akan datang. masa tu anak2 kita ingin memulakan keluarga dan tidak lagi mengajar agama kepada anak mereka.

fikir panjang la wahai perdana menteri, kalau ini tindakan anda dan anda laksanakan juga tahun depan, lebih ramai yang akan memangkah bulan!

nak buang saya dari malaysia juga? saya fikir anda yg harus dibuang negara.





Thursday, September 20, 2007
tindih!

hari ni saya mimpi dahsyat. kenapa saya kene lalui mimpi sebegini dan masalah saya ialah bile mimpi dahsyat, saya ingat seluruh ceritanya. adakah saya tergolong sama dengan rakan2 'heroes' di nbc? walaupun tiada yg berlaku di alam nyata seperti mimpi, mungkin ia memerlukan interpretasi/ terjemahan yg abstrak.
yg paling pelik ialah ini bukan gangguan makhluk halus kerana sekarang bulan puasa, almaklumlah bulan ramadhan ini semua syaitan dan jin atau makhluk halus jahat yg lain dipenjarakan di neraka.

kisahnya bermula sebegini:
hari ni papa kena pergi ke sungai petani, ada meeting kat sana. (yg ini memang realiti) saya kena hantar papa ke airport. tapi hantar dengan kereta ntah siapa punya. mercedes 1997 biru langit. interior kulit hitam. takpe la, nanti balik letakkan kereta ni ke tempat asal, tiada siapa marah. baru sampai depan rumah, ada seorang cina lelaki dalam lingkungan 28-30 tahun tunggu depan rumah.
saya menyapa, "ini kereta awak?"
"ye kereta saya. saya da lambat nak ke show ni."
"takpe saya hantarkan," saya mempelawa diri sendiri dengan baik hati
saya pun hantar la lelaki cina ni ke tempat show dia, pastu dah habis, dia berterima kasih pada saya balik. 
sambil tersenyum, dia perkenalkan girlfriend dia. muka macam devon aoki, bertube merah, skirt mini yg matching, rambut panjang hingga ke pinggang di warnakan kuning, memandang ke arahku. lelaki cina tu kata, "buallah dulu, saya kemas stage sebentar"
"ok" jawab saya ringkas.
tiada apa yg ingin dibualkan sebenarnya. saya penat. pastu saya tanya name dia, girlfriend cina ni dari tadi tersipu2 senyum, tiba tiba gelak besar, mulut terbuka hingga ke telinga, gigi panjang dan tajam seperti dinosaur. gelaknya bergema. saya tak takut cuma terkejut kerana terlalu kuat gemanya. saya diam saja, tiba2 bagai disedut sesuat dari atas, girlfriend yg awalnya comel jadi makhluk aneh hilang 'disedut' dicelah siling.

saya masih bingung ape petande ni semua. saya pun berjalan  balik ke rumah. sekelip mata, dah sampai. cina lelaki tu ada di rumah. saya tanya ape dah terjadi? dia bagai tau apa saya maksudkan. dia jawab,"bagi plan tu!"
bingung dengan kenyataan tu, saya jawab, "pelan ape? tiada kena mengena dengan kau" tiba2 ada segulung kertas yg percayai mengandungi pelan rumah banglo setingkat kos rendah muncul di dalam genggaman saya.
"bagi sekarang! kalau tidak..." pergaduhan pun bermula. sekelip mata saja saya berdiri, si cina tu terbaring.

baru nak bangun, tiba2 ada sorang budak kecil dalam lingkungan 3-4 tahun menarik2 seluar saya,"nak..." saya berkerut, "ko pon nak jugak?"
tiba2 saya rasa ditolak dengan kuat lantas terlanggar almari yg stand alone. saya cuba letak gulungan pelan tu atas almari supaya tak dapat di capai si budak kecil tu. dia tolak lagi kuat. almari tu pun jatuh sekali dengan saya. saya pun disandwich oleh budak yg seberat gajah tu di atas, dan almari dibawah saya. nak meraung kesakitan, takde suara, udara tak bole masuk ke paru2 ini. himpitan makin kuat. say cuba menyiku budak tu tapi tak bergerak. tiba2 tangan budak kecil yg pendek dan montel tu tiba1 jadi panjang nak mencapai pelan.
say cuba lagi mengalihkan badan, tapi tak bergerak. dada makin sakit, tulang belakang rasa nak patah.
"abang, bangun hantar yaya sekolah" thanks yaya, kalau tak dah leper abang kene tindih.

bangun pun memang sakit sampai sekarang. masa menaip cerita ni pun rasa tak larat nak taip, tertidur keletihan. sambung selepas 45minit lelap.

tapi bulan ramadan ni, siapa yg tindih?





Next Page
 



   





 
<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



ARCHIVE

  • January 2007
  • November 2006
  • May 2006
  • February 2006
  • October 2005
  • May 2005
  • April 2005
  • January 2005
  • Disember 2004
  • September 2004
  • August 2004


  • + nyonya tan
    + nyonya tan.fotopages
    + kish-nocturnal
    + pyan.fotopages
    +amru.fm
    + crazylogicpopstartour
    + tiada title-fotopages
    + OdysseySeries
    + shaky hands
    + 22nd's foto's
    + miss hijau
    + the shai

    menambah ke'poyo'an blog


    My blog is worth $18,065.28.
    How much is your blog worth?

    oh, you are the 99,999,999th visitor! congratulations!

    popular? not...
    Web Pages referring to this page
    Link to this page and get a link back!





     
    Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed